Saturday, August 22, 2009
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
AJK Surau An-Nur Kasturi Height amnya dan Biro Penerangan khasnya mengucapkan kepada semua pengunjung Blog ini Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Marilah kita sama-sama mengimarah Surau atau Masjid di kariah masing-masing untuk meraih sebanyak mungkin kebaikan yang Allah berikan di bulan yang sangat barakah ini.
Tuesday, August 11, 2009
Kenduri Tahlil Keluarga Puan Nor
Sunday, August 9, 2009
MESYUARAT KHAS AJK BAGI MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
Bertempat di Surau An-Nur Kasturi Height selepas solat Maghrib telah diadakan Mesyuarat AJK Surau khas bagi membincangkan beberapa perkara penting terutama bagi persediaan menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato' Pengerusi, Dato' Hj Wazir bin Hj Muaz. Minit mesyuarat pula telah dicatit oleh Setiausaha Surau, Prof Dr Mohammad Hj Alias. Di antara ketetapan yang telah diambil adalah perkara2 berikut;
- Menerima perletakan jawatan Sdr Mohd Kudus kerana beliau terpaksa berpindah ke Sabah dan tempat beliau sebagai Pengerusi Biro Penerangan digantikan oleh En Kamaruzzaman bin Mohd Isa. Pihak AJK merakam ucapan terima kasih di atas sumbangan yang beliau telah berikan semasa melaksanakan tugas beliau sebagai Pengerusi Biro Penerangan.
- Mesyuarat telah mengambil ketetapan untuk memisahkan hal ehwal pengurusan jenazah dari Biro Sosial dan Kebajikan dan untuk itu, Biro Pengurusan Jenazah yang khusus telah dibentuk dan diketuai oleh Cikgu Azhari Awang Mat yang juga Imam 1 Surau An-Nur. Biro ini akan berfungsi bagi mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan pengurusan jenazah bagi kemaslahatan ahli kariah.
- Bagi melicinkan khidmat penyediaan jamuan berbuka puasa dan moreh di sepanjang Bulan Ramadhan, ketetapan telah dibuat untuk melantik kontraktor khusus bagi membekal serta menyelenggara penyediaan jamuan berbuka serta moreh termasuk bagi pembersihan peralatan selepas jamuan tersebut. Ahli kariah sekali lagi dialu-alukan untuk menyumbang dana bagi menampung perbelanjaan yang dianggarkan berjumlah RM200 setiap hari.
En Kamaruzzaman Mohd Isa
GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN SURAU
Bertempat di Surau An-Nur Kasturi Height pagi ini telah diadakan gotong royong membersihkan surau sebagaipersediaan bagi kedatangan Ramadhan Al Mubarak tidak berapa hari lagi. Kawasan surau dibersihkan dari rumput dan lalang serta laluan air yang biasanya bertakung di jalan raya berhadapan pintu masuk belakang di perbaharui. Dewan solat juga dibersihkan oleh ahli karian yang hadir termasuk Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari serta AJK yang lain.
Sempat lagi jawab telefon
Kepada ahli kariah yang hadir, jutaan terima kasih diucapkan. InsyaAllah semua Muslimin dan Muslimat dialu-alukan untuk mengimarahkan surau di setiap waktu.
Saturday, August 8, 2009
KEPERLUAN IMAM TETAP UNTUK ZOHOR DAN ASAR
Oleh Hamidon Zaini
Hari ini Sabtu saya difahamkan ada satu Jemaah akan datang untuk bermukim beberapa hari di Surau An-Nur. Sebagai seorang yang pernah turut serta di suatu ketika dulu, saya tergerak untuk nusrah (mengalu-alukan) kedatangan mereka dan bersolat Zohor bersama mereka di surau. Namun jemaah yang dimaksudkan tidak ada. Saya merupakan di antara yang awal datang ketika itu. Hati saya mula terdetak samada ada orang lain akan datang ke surau untuk sama-sama solat berjamaah Zohor. Kemudian satu persatu ahli kariah datang. Ramai jugak yang datang berjemaah untuk Solat Zohor.
Pada waktu Asar, saya datang sekali lagi dan kali ini bilangannya lebih kecil dari waktu Zohor tadi tetapi memadai memandangkan waktu petang sebegitu ketua keluarga selalunya membawa ahli keluarga samada bersantai di mana-mana atau menunaikan hajat ahli keluarga untuk membeli belah keperluan keluarga dan sebagainya.
Persoalan yang ingin saya utarakan di sini adalah keperluan ahli kariah untuk menunaikan tuntutan fardhu kifayah yakni wajib diadakan solat berjemaah di surau pada setiap waktu. Hari Sabtu dan Ahad mungkin kewajiban ini tertunai seperti bukti apa yang berlaku hari ini. Bagaimana pulak hari2 bekerja seperti Isnin hingga Jumaat? Sekiranya tidak tertunai, maka setiap ahli kariah akan berdosa. Oleh itu, saya mengambil kesempatan di sini untuk menyarankan kepada AJK Surau An-Nur untuk mempertimbangkan keperluan Iman Tetap bagi mempastikan Solat Zohor dan Asar berjemaah tertegak seperti Solat Subuh, Maghrib dan Isyak yang mana Imam Tetap disediakan. Isu ini saya akan sambung sekiranya mendapat maklum balas dari pengunjung blog ini atau ahli kariah dan AJK Surau yang bakal saya temui nanti.
Friday, August 7, 2009
RAYUAN KUTIPAN DERMA SEMPENA RAMADHAN AL MUBARAK
Muslimin & Muslimat yang dirahmati Allah sekelian,
Sukacita dimaklumkan bahawa dengan kedatangan Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, Solat Berjemaah Maghrib dan Isyak seperti biasa akan diteruskan di samping Solat Sunat Teraweh yang datang setahun sekali bersama Ramadhan Al-Mubarak. Muslimin & Muslimat semua dijemput hadir bagi memakmurkan Surau An-Nur Kasturi Height, Putra Nilai.
Jawatankuasa Surau telah bersetuju untuk mengadakan Jamuan Berbuka Puasa dan moreh selepas Solat Sunat Teraweh. Kos mengadakan jamuan berbuka puasa dan moreh tersebut dianggarkan berjumlan RM150.00 sehari. Sehubungan dengan itu Muslimin & Muslimat dialu-alukan untuk membuat sumbangan ikhlas bagi menjayakan perkara tersebut. Sumbangan boleh diberikan kepada Bendahari Surau atau wakil-wakil taman seperti Springs Vila, Desa Kasturi, Desa Casuarina dan Desa Melati. Sumbangan dalam bentuk cek boleh ditulis atas nama Surau An-Nur Desa Kasturi Height. Sumbangan boleh juga dibuat secara online di akaun Surau di Bank Islam Nombor Akaun: 12104010007817.
Semua sumbangan Muslimin & Muslimat semua diucapkan Jazakumullah khairan kathiran.
Yang Berusaha,
Yang Bhg Dato' Hj Wazir Hj Muaz
Pengerusi
Prof Dr Mohammad Hj Alias
Setiausaha
Zainal Nor Hj Mohd Saad
Bendahari
Sukacita dimaklumkan bahawa dengan kedatangan Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, Solat Berjemaah Maghrib dan Isyak seperti biasa akan diteruskan di samping Solat Sunat Teraweh yang datang setahun sekali bersama Ramadhan Al-Mubarak. Muslimin & Muslimat semua dijemput hadir bagi memakmurkan Surau An-Nur Kasturi Height, Putra Nilai.
Jawatankuasa Surau telah bersetuju untuk mengadakan Jamuan Berbuka Puasa dan moreh selepas Solat Sunat Teraweh. Kos mengadakan jamuan berbuka puasa dan moreh tersebut dianggarkan berjumlan RM150.00 sehari. Sehubungan dengan itu Muslimin & Muslimat dialu-alukan untuk membuat sumbangan ikhlas bagi menjayakan perkara tersebut. Sumbangan boleh diberikan kepada Bendahari Surau atau wakil-wakil taman seperti Springs Vila, Desa Kasturi, Desa Casuarina dan Desa Melati. Sumbangan dalam bentuk cek boleh ditulis atas nama Surau An-Nur Desa Kasturi Height. Sumbangan boleh juga dibuat secara online di akaun Surau di Bank Islam Nombor Akaun: 12104010007817.
Semua sumbangan Muslimin & Muslimat semua diucapkan Jazakumullah khairan kathiran.
Yang Berusaha,
Yang Bhg Dato' Hj Wazir Hj Muaz
Pengerusi
Prof Dr Mohammad Hj Alias
Setiausaha
Zainal Nor Hj Mohd Saad
Bendahari
Sunday, August 2, 2009
Kelas Pengurusan Jenazah
Pada 2hb Ogos yang lalu telah dianjurkan Kelas Pengurusan Jenazah di Surau An-Nur Kasturi Height dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAIN) dan dikelolakan oleh Biro Kebajikan dan Sosial Surau An-Nur Kasturi Height. Penceramah yang mengendalikan kelas tersebut adalah Ustaz Mohd Shukri (bekas anggota Kagat yang kini sedang menjalani penempatan peralihan di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban) bersama isteri beliau yang juga bekas anggota Kagat.
Sambutan ahli kariah sangat menggalakkan. Seramai lebih 40 orang ahli kariah telah hadir yang terdiri dari 25 lelaki dan 15 wanita. Sessi kelas telah bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir kira2 jam 3.30 petang. Sekalung tahniah diucapkan kepada Saudara Ridzaudin (Din) yang telah sudi menjadi model untuk kaum lelaki pada hari tersebut.
Di akhir kelas, beberapa ahli kariah telah dengan sukarela bersetuju untuk memberi bantuan kepada mana2 ahli keluarga yang ditimpa kematian. Kumpulan tersebut diketuai oleh Cikgu Azhari Awang Mat yang juga merupakan Imam 1 Surau An-Nur Kasturi Height. Kumpulan tersebut akan dibantu oleh Pak Bakar Jamil, Kamaruzzaman Mohd Isa, Ibrahim Maskom dan beberapa nama lagi. Sila hubungi Cikgu Azhari (013-321 9002) untuk urusan seterusnya.
Semasa kaum lelaki dibimbing oleh Ustaz Shukri, kaum wanita pula dibimbimg oleh Ustazah (isteri Ustaz Shukri). Untuk tatapan pengunjung blog, hanya gambar praktikal kaum lelaki yang ditunjukkan di sini.
Saturday, August 1, 2009
PENGAJIAN BULAN OGOS
Jadual Pengajian di Bulan Ogos akan diteruskan walaupun Ramadhan terkandung di sebahagiannya. Sewaktu Bulan Ramadhan, Solat Teraweh dilakukan dengan 8 rakaat dan 3 witir. Di antara 4 rakaat pertama dan 4 rakaat kedua akan diadakan Tazkirah Teraweh. Berikut adalah jadual pengajian yang telah susun bagi tujuan tersebut;
Kami mengalu-alukan sebarang Infaq dari semua. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Ahmad Zaharudin - 013 226 0008, En Kamarulzaman - 019 654 9150 Nasri - 019 668 1972, Raja Sahrin - 017 655 6225 dan En Rased 012 239 0859.
Tarikh | Hari | Pengajian | Penceramah |
08/02/2009 | Ahad | Tazkirah Ihya Ramadhan | Dr Mohamad Zulkifli Al Bakri |
08/03/2009 | Isnin | Bidayatul Hidayah | Ustaz Anwar Helmi |
08/07/2009 | Jumaat( 9.00 pagi) | Tafsir (Muslimat Sahaja) | Ustazah Robiatul Adawiyah Muhamad |
08/07/2009 | Jumaat | Mustika Hadith | Ustaz Ikmal Zaidi Hashim |
08/08/2009 | Sabtu | Mukashafah Al Qulub' | Ustaz Azman Abd Halim |
08/11/2009 | Selasa | Tafsir Al Munir | Ustaz Najmuddin Karim |
13/8/2009 | Khamis | Hadith Soheh Muslim | Ustaz Zulhelmi Mohd Nor |
14/8/2009 | Jumaat( 9.00 pagi) | Tafsir (Muslimat Sahaja) | Ustazah Robiatul Adawiyah Muhamad |
17/8/2009 | Isnin | Bidayatul Hidayah | Ustaz Anwar Helmi |
21/8/2009 | Jumaat( 9.00 pagi) | Tafsir (Muslimat Sahaja) | Ustazah Robiatul Adawiyah Muhamad |
25/8/2009 | Selasa | Tazkirah Teraweh | Ustaz Anwar Helmi |
27/8/2009 | Khamis | Tazkirah Teraweh | Ustaz Zulhelmi Mohd Nor |
28/8/2009 | Jumaat( 9.00 pagi) | Tafsir (Muslimat Sahaja) | Ustazah Robiatul Adawiyah Muhamad |
29/8/2009 | Sabtu | Tazkirah Teraweh | Ustaz Azman Abd Halim |
Kami mengalu-alukan sebarang Infaq dari semua. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Ahmad Zaharudin - 013 226 0008, En Kamarulzaman - 019 654 9150 Nasri - 019 668 1972, Raja Sahrin - 017 655 6225 dan En Rased 012 239 0859.
Subscribe to:
Posts (Atom)