Tuesday, July 30, 2013
Khalid Al Walid | Subuh Rabu | 31 July 2013
Sunday, July 28, 2013
Saturday, July 27, 2013
Bubur Lambuk time...jangan lupa ambik lopeh Asar today!
- Satukan bahan kisar halus dengan rempah beriani, kacau rata hingga menjadi pes. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan serai hingga harum. Masukkan pes rempah dan kacau hingga pecak minyak. Masukkan beras, gaul rata dan masak sekejap.
- Tuang air, masukkan daun pandan, sup bunjut, kiub ayam, kacang kuda (toskan) dan isi ayam. Kacau rata dan masak hingga beras kembang menjadi bubur dan kacang kuda empuk. Tambah mix vege, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
- Masuk santan, kacau dan jika suka cair, boleh tambah sedikit air. Akhir sekali masukkan daun pucuk paku merah, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bubur lambuk dengan bahan2 sampingan. Sedap dimakan panas..
Friday, July 26, 2013
Adakalanya kami tak terdaya...
Peristiwa-peristiwa Penting belaku dalam Ramadhan (Final part)
Thursday, July 25, 2013
Harapan Ramadhan | Inti pati Tazkirah Zohdi dalam lagu Raihan..
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Ku memohon pada Tuhan
diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan
diterima amalan
Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua....
Peristiwa-peristiwa bulan Ramadhan. (Part1)
1. Perang Badar Al-Qubra
Perang Badar terjadi pada tahun ke-2 setelah hijrah di bulan Ramadhan. Bagi kaum muslimin, perang Badar mempunyai arti sejarah tersendiri, sebagai tonggak sejarah terpisahnya kubu Al-Haq dan kubu Al-Bathil. Perang itu tepatnya terjadi tanggal 17 Ramadhan.
2. Peristiwa Nuzul Al-Quran
Peristiwa turunnya ayat al-Qur’an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Bersambung....
Wednesday, July 24, 2013
Ustaz Anuar Hasin | Qari Kebangsaan 2013
Tuesday, July 23, 2013
Nasihat Kubur
Tazkirah Subuh | Kisah Sahabat | Ubadah Ibni Samit
Para sahabat generasi pertama ikhlas berjuang kerana Allah. Mereka kebanyakannya tidak mahu pangkat dan hidup bermewah-mewah. Mereka mencari akhirat dan bagi mereka hidup di dunia ini hanya sementara. Jika dibanding kita yang hidup sekarang dengan mereka walaupun matlamatnya sama yakni, Syurga, bezanya bagai langit dengan bumi. Kita hidup bermati-matian mencari habuan dunia. Mereka bermati-matian menegakkan agama Allah.
Madrasah Ramadhan oleh Ustaz RosZairani dari Bukit Emas, Perlis.
Monday, July 22, 2013
Tazkirah. Kematian adalah wajib
Sunday, July 21, 2013
Saturday, July 20, 2013
Siapakah dia?
Friday, July 19, 2013
Thursday, July 18, 2013
Wednesday, July 17, 2013
Aktiviti Surau An Nur Yang Mendatang di Bulan Ramadhan
- 17, 21, 25 dan 27 Ramadhan akan diadakan Qiamullail di Surau bermula jam 3.00 pagi. Sahur disediakan. Ahli kariah yang ingin turut serta, sila daftar di senarai yang disediakan untuk pihak Surau menyediakan juadah bersahur.
- Pada 28 hb Julai bersamaan 19 Ramadhan (Ahad), akan diadakan Gotong Royong menyedia dan membahagi-bahagikan bubur lambuk kepada ahi kariah. Gotong Royong ini akan diadakan di Surau bermula jam 10 pagi. Matlamat utama gotong royong ini diadakan ialah untuk merapatkan lagi tali silaturrahim di kalangan ahli kariah Surau An Nur di samping menanamkan rasa kecintaan kepada surau kita, Surau An Nur.
- Pada 2hb Ogos bersamaan 24 Ramadhan akan diadakan Majlis Khatan al_Quran serta Majlis meraikan anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak (PKAYS). Ahli jemaah disarankan memberikan sumbangan duit raya terus kepada anak-anak yatim yang bakal hadir (seramai 30 orang).
- Program-program lain seperti Bacaan AlQuran berkumpulan pelajar-pelajar USIM seramai 30-40 orang setiap hari akan diteruskan di samping program iftar, solat teraweh dan moreh.
- Setiap hari Selasa malam Rabu, Imam Azhari akan berkunjung ke Surau An Nur bagi membolehkan ahli kariah membayar zakat fitrah.