Tuesday, January 8, 2013

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H


Jawatankuasa Surau An Nur, Putra Nilai.
7 Januari 2013/24 Safar 1434H

Muslimin dan Muslimat
Ahli Kariah Surau An Nur

Assalamu’alaikum wr wb

Per: Hebahan dan Jemputan Ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H Anjuran Surau An Nur pada 12 Rabiulawal 1434H bersamaan 24 Januari 2013

Dengan hormat takzimnya saya merujuk kepada perkara diatas.

Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasul Allah bagi seluruh umat di dunia. Baginda merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Di dalam Surah Al-Anbiya, ayat 107, Allah berfirman yang mafhumnya "Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

Bersempena dengan ketibaan Maulidurasul pada 12hb Rabiul’ Awal 1434H bersamaan 24hb Januari 2013, Ahli Jawatankuasa Surau An Nur akan mengadakan PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H bertempat di Surau An Nur, Kasturi Heights.

Di antara objektif program tersebut di samping menzahirkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW, pihak penganjur juga ingin menghidupkan semula amalan gotong royong dan ukhwah silaturrahim di kalangan ahli Jemaah surau yang terdiri dari penduduk di Kasturi Heights, Desa Casuarina, Desa Melati dan Nilai Springs Heights serta taman-taman berdekatan.

Pihak AJK Surau An Nur telah memutuskan untuk melaksanakan program tersebut,  memulakannya dengan penyembelihan seekor lembu dengan biaya disumbangkan di kalangan ahli jemaah surau dan kerja-kerja melapah dan memasak dikendalikan sepenuhnya oleh ahli jemaah surau secara gotong royong dan kemuncak program di isi dengan pengisian berbentuk ceramah-ceramah, halaqah Al Quran, persembahan Qasidah dan meraikan anak-anak yatim. Aturcara program terperinci seperti dilampirkan bersama surat jemputan dan hebahan ini.

Pihak AJK Surau sangat-sangat mengalu-alukan penyertaan semua ahli kariah surau beserta ahli keluarga masing-masing bagi menjayakan program tersebut. Sumbangan dalam bentuk kewangan dan kehadiran pada hari program tersebut amatlah di alu-alukan. Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung dengan Setiausaha Surau (019-2805343) atau AJK Penyelaras Sdr Hamidon Zaini di talian 017-317 4880.

Sekian terima kasih. Wassalam.

Salam hormat
  
DATO’ HJ. WAZIR BIN MUAZ
Pengerusi JK Surau An Nur


PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H ANJURAN SURAU AN NUR PADA 12 RABIULAWAL 1434H BERSAMAAN 24 JANUARI 2013
Masa

Aktiviti
8.00 pagi – 11.30 pagi   

11.30 pagi     

12.00 t.hari – 1.15 petang     

1.22  petang   

2.00 petang                                                           

Gotong royong memasak makanan

Ketibaan ahli kariah, para jemputan dan penceramah

Ceramah Maulidur Rasul oleh YBhg. Ustaz Nidzamuddin Zakaria,               pensyarah kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM

Solat Zuhur berjemaah

Jamuan makan

3.00 petang



4.48  petang

Membaca Surah Muhammad beramai-ramai
Ringkasan tafsir Surah oleh YBhg. Dr. Hj. Abdul Qadir Umar Usman Alhamidy

Solat Asar berjemaah


6.45 petang    

7.28 malam                      

Ketibaan ahli kariah, para jemputan dan penceramah

Solat Maghrib berjemaah

 Alu-aluan Pengerusi Majlis

Persembahan Qasidah

Ceramah Maulidur Rasul oleh YBhg. Dr. Shuhada’ bin Mahmud, pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
merangkap ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan.

Penyampaian sumbangan kepada wakil Rumah Amal Anak-anak Yatim Kg. Sg. Manggis, Banting.

Penyampaian Cenderahati

Solat Isya’ berjemaah

Jamuan makan malam
Bersurai