Friday, August 30, 2013

Kami dah pindah...

http://annurdesakasturi.com/

Tuesday, July 30, 2013

Khalid Al Walid | Subuh Rabu | 31 July 2013

Seronok dengar kisah sahabat ,,,,
http://www.tarbawi.my/2013/02/indahnya-peribadi-sahabat-nabi-bernama.html?m=1

Raja buah mangsa moreh malam 22 Ramadhan!

Pelik juadah moreh malam ini. Pulut santan dan durian. Memang dinanti moreh malam ini. Bagi yang bertugas, bagi kami, baunya sahaja bila ke subuh berjemaah pagi esok! Walauapapun, jangan lupa minum air lebih ya, kawan kawan...

Saturday, July 27, 2013

Bubur Lambuk time...jangan lupa ambik lopeh Asar today!

Sempena esok nak gotong royong di Surau An Nur buek bubur lambuk, den ceduk manor manor resipi BL ..hahaha..esok chef jangan tak datang...orang sekampung dah tahu..hehehe..




BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan beras siam, cuci dan toskan
12 cawan air
1 cawan santan
1 helai daun pandan, simpul
2 batang serai, diketuk
1 camca besar penuh rempah kurma (Baba's)
1 kiub ayam
1 sup bunjut Adabi
1 cawan kacang kuda, rendam semalaman, toskan
1 cawan mix vege (karot. jagung, kacang pis)
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*kisar halus)
1 camca teh lada hitam, kisar halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 genggam pucuk paku merah yang siap disiang
Garam secukup rasa

BAHAN SAMPINGAN :-)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Telur didadar nipis dan  mayang halus
Serunding secukupnya (cm guna serunding daging)
Sedikit serbuk lada hitam...

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan kisar halus dengan rempah beriani, kacau rata hingga menjadi pes. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan serai hingga harum. Masukkan pes rempah dan kacau hingga pecak minyak. Masukkan beras, gaul rata dan masak sekejap.
  2. Tuang air, masukkan daun pandan, sup bunjut, kiub ayam, kacang kuda (toskan) dan isi ayam. Kacau rata dan masak hingga beras kembang menjadi bubur dan kacang kuda empuk. Tambah mix vege, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. 
  3. Masuk santan, kacau dan jika suka cair, boleh tambah sedikit air. Akhir sekali masukkan daun pucuk paku merah, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bubur lambuk dengan bahan2 sampingan. Sedap dimakan panas..

Friday, July 26, 2013

Adakalanya kami tak terdaya...



Dikala ayahanda dan bonda beterawih, badan kami letih dan mata mengantuk. Kami telah cuba, tapi kami tak terdaya. Melengkuk kami ketika sujud kepada Mu. Walaupun begitu, kami adalah antara yang terbaik malam tadi. Kehadiran kami pada malam ke18 Ramadhan tahun ini pasti telah tercatit, in-shaa-Allah.

Tak mampu berdiri, duduk pun ok. Semoga sihat selalu..

Peristiwa-peristiwa Penting belaku dalam Ramadhan (Final part)

ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH

Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang Islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang. Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani Bakar dan Khuza’ah. Bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad. Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di Lembah Watir.

Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan 10,000 tentera Islam mara ke Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian. Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al-Fath ayat 1 bermaksud,”Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata”. Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah.

Perang Al-Furqan (Pembeda antara Hak dan Batil). Di sini turun Malaikat membantu tentera Islam. Di sini golongan sedikit dan serba kekurangan menewaskan golongan lebih ramai dan lengkap bersenjata.

PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK

Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat Islam ketika itu benar-benar teruji. Namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah. Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.

ISLAM SAMPAI KE YAMAN

Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.

KHALID BIN AL-WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA

Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al-Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla. Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al-Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.

PENYERAHAN BANDAR TAIF

Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.

Sebelum Perang Badar bermula, para Sahabat membina “Al-Arisy” iaitu kem tempat Rasulullah saw di sebuah tempat yang agak tinggi untuk mengatur strategi peperangan. Selepas itu, mengambil keberkatan tempat tersebut, seperti mana tempat-tempat lain yang pernah Rasulullah saw berada, dibina masjid di situ yang dinamakan Masjid Al-Arisy.

Masjid Al-Arisy, tempat Rasulullah saw ketika Perang Badar. Rasulullah saw berdoa bersungguh-sungguh sehingga jatuh kain selendang Baginda saw, “Ya Allah! Kemenangan yang Engkau janjikan kepada aku. Ya Allah! Kemenangan yang Engkau janjikan kepada aku”. Moga Allah swt memberikan kemenangan yang sama kepada kita dalam perjuangan ini. Ameen.

PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)

Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama 8 kurun bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi membuka Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

PEPERANGAN ZALLAQAH DI PORTUGAL

Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.

Thursday, July 25, 2013

Harapan Ramadhan | Inti pati Tazkirah Zohdi dalam lagu Raihan..

Ku mengharapkan Ramadhan 
Kali ini penuh makna 
Agar dapat kulalui 
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah 
Setahun sudah pun berlalu 
Masa yang pantas berlalu 
Hingga tak terasa ku berada 
Di bulan Ramadhan semula

Ku mengharapkan Ramadhan 
Kali ini penuh makna 
Agar dapat kulalui 
Dengan sempurna

Puasa satu amalan 
Sebagaimana yang diperintahNya 
Moga dapat ku lenturkan 
Nafsu yang selalu membelenggu diri 
Tiada henti-henti

Ku mengharapkan Ramadhan 
Kali ini penuh makna 
Agar dapat kulalui 
Dengan sempurna 

Ku mengharapkan Ramadhan 
Kali ini penuh makna

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja 
Tuhan pimpinlah daku yang lemah 
Mengharungi segalanya dengan sabar

Ku mengharapkan Ramadhan 
Kali ini penuh makna 
Agar dapat kulalui 
Dengan sempurna

Ku mengharapkan Ramadhan 
Kali ini penuh makna 
Agar dapat kulalui 
Dengan sempurna

Ku memohon pada Tuhan 
diberikan kekuatan 
Ku merayu pada Tuhan 
diterima amalan

Selangkah demi selangkah 
Dengan rahmatMu oh Tuhanku 
Ku tempuh jua....


Peristiwa-peristiwa bulan Ramadhan. (Part1)

1. Perang Badar Al-Qubra

Perang Badar terjadi pada tahun ke-2 setelah hijrah di bulan Ramadhan. Bagi kaum muslimin, perang Badar mempunyai arti sejarah tersendiri, sebagai tonggak sejarah terpisahnya kubu Al-Haq dan kubu Al-Bathil. Perang itu tepatnya terjadi tanggal 17 Ramadhan.

2. Peristiwa Nuzul Al-Quran

Peristiwa turunnya ayat al-Qur’an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.


Bersambung....

Ini malam lah!

Wednesday, July 24, 2013

Ustaz Anuar Hasin | Qari Kebangsaan 2013

Malam ini surau An Nur sungguh bertuah kerana solat teraweh diimamkan oleh tetamu istimewa yakni Ustaz Anuar Hasin, johan qari tilawah alquran peringkat kebangsaan utk tahun 2013 yang telah berlangsung di Kota Bharu baru2 ini. Beliau juga mengimamkan solat hajat utk kesihatan ahli kariah kita, Tuan Zakaria  Yusuf yg bakal menjalani pembedahan pintasan jantung pada 30Julai  ini.


Tuesday, July 23, 2013

Nasihat Kubur



















1). Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD

2). Aku adalah tempat  paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM . ..

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan banyak membaca  AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT 

6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA..

7). Aku adalah  Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan banyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"

Tazkirah Subuh | Kisah Sahabat | Ubadah Ibni Samit



Kesimpulan tazkirah pagi ini mengenai kehidupan sahabat nabi SAW Ubadah ibni Samit RA.

Para sahabat generasi pertama ikhlas berjuang kerana Allah. Mereka kebanyakannya tidak mahu pangkat dan hidup bermewah-mewah. Mereka mencari akhirat dan bagi mereka hidup di dunia ini hanya sementara. Jika dibanding kita yang hidup sekarang dengan mereka walaupun matlamatnya sama yakni, Syurga, bezanya bagai langit dengan bumi. Kita hidup bermati-matian mencari habuan dunia. Mereka bermati-matian menegakkan agama Allah.

"Beginilah Tuhan kami membimbing kami melalui ajaran Nabi kami yang telah mengajar kami, dia menasihatkan kami bahawa cita-cita kami di dunia ini harus hanya untuk mempunyai cukup makanan untuk menghindari kelaparan dan cukup pakaian yang sekadar meliputi aurat kami; kebimbangan utama kami adalah untuk mendapatkan redha Tuhan kami dan berjihad di jalanNya" - Ubadah ibni Samit tatkala bercakap kepada al-Muqawqis, Raja Mesir.

Fikirkanlah dan renung-renungkanlah dan selamat beramal.



http://www.caliphate.eu/2010/11/conquest-of-egypt-ubadah-ibn-as-samits.html?m=1

Madrasah Ramadhan oleh Ustaz RosZairani dari Bukit Emas, Perlis.

Taqwa dan sabar diperolehi sebagai ganjaran dari madrashah

Sabar ada 3 darjat:

1. Sabar amal ibadat fardhu
2. Sabar tinggal maksiat
3. Sabar atas musibah

Dan dikatakan sabar yg paling tinggi darjatnya adalah sabar ditimpa musibah





Monday, July 22, 2013

Tazkirah. Kematian adalah wajib

Kematian adalah sesuatu yang pasti. Bersyukurlah kerana Allah telah beri umur kita yang panjang setakat ini dan berkesempatan menenui Ramadhan al-Mubarak tahun ini. Cara kita bersyukur adalah dengan melakukan amalan yg baik supaya nyawa akan dicabut dgn baik-baik sewaktu sakarat nanti. Kita wajib ambil kesempatan di bulan Ramadhan yang sangat berkat ini untuk melakukan sebanyak mungkin amal ibadat kerana setiap amalan digandakan pahalanya. Ibadah sunat diberikan pahala wajib dan ibadah wajib pula digandakan pahalanya sekurang-kurangnya 10 sehingga 700 kali ganda. Amalan kitalah nanti yang akan menjadi teman kita di kubur nanti. Banyak amalan kita, berbahagialah kita di kubur nanti sewaktu menantikan hari qiamat.


Saturday, July 20, 2013

Subuh | 21 July 2013 | Sirah Sahabat

Sirah Sahabat ; Abdullah bin Ma'sud


Siapakah dia?

Selepas Subuh cuci pinggang mangkuk. Selepas Asar mob lantai. Sebelum Magrib susun/siap juadah berbuka. Malam mengemas apa yang patut. Orang panggil dia 'Tan Sri'..
Cuba teka...


Tazkirah terawih 11 Ramadan

Wednesday, July 17, 2013

Meriah Iftar di Surau tahun ini...



Tazkirah terawih malam ke 9

Aktiviti Surau An Nur Yang Mendatang di Bulan Ramadhan

Hari ini telah masuk hari ke sembilan kita berpuasa. Alhamdulillah, kehadiran ke Surau An Nur masih dikekalkan walaupun tidak dinafikan jumlah kehadiran semakin berkurangan. Ini adalah fenomena biasa di mana-mana surau dan masjid di seluruh dunia. Tahun ini, Ramadhan di Surau An Nur lebih meriah jika dibandingkan dengan tahun-tahun terdahulu. Banyak kemudahan baru yang menjadikan kehadiran ke Surau An Nur semakin ceria. Terima kasih kepada para penyumbang yang menjadikan surau lebih ceria dan menyeronokkan untuk dikunjungi. Terima kasih juga kepada ahli kariah yang terdiri dari penduduk Desa Casuarina, Desa Melati 1, 2 dan 3, Nilai Springs Heights dan Nilai Springs Villas tak terkecuali penduduk Desa Kasturi Heights sendiri yang menjadi lokasi Surau An Nur yang setia untuk berjemaah dan menuntut ilmu di Surau An Nur.

Untuk hari-hari mendatang di Bulan Ramadhan al-Mubarak ini, JK Surau An Nur telah merancang aktiviti-aktiviti berikut;
  1. 17, 21, 25 dan 27 Ramadhan akan diadakan Qiamullail di Surau bermula jam 3.00 pagi. Sahur disediakan. Ahli kariah yang ingin turut serta, sila daftar di senarai yang disediakan untuk pihak Surau menyediakan juadah bersahur.
  2. Pada 28 hb Julai bersamaan 19 Ramadhan (Ahad), akan diadakan Gotong Royong menyedia dan membahagi-bahagikan bubur lambuk kepada ahi kariah. Gotong Royong ini akan diadakan di Surau bermula jam 10 pagi. Matlamat utama gotong royong ini diadakan ialah untuk merapatkan lagi tali silaturrahim di kalangan ahli kariah Surau An Nur di samping menanamkan rasa kecintaan kepada surau kita, Surau An Nur.
  3. Pada 2hb Ogos bersamaan 24 Ramadhan akan diadakan Majlis Khatan al_Quran serta Majlis meraikan anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak (PKAYS). Ahli jemaah disarankan memberikan sumbangan duit raya terus kepada anak-anak yatim yang bakal hadir (seramai 30 orang).
  4. Program-program lain seperti Bacaan AlQuran berkumpulan pelajar-pelajar USIM seramai 30-40 orang setiap hari akan diteruskan di samping program iftar, solat teraweh dan moreh.
  5. Setiap hari Selasa malam Rabu, Imam Azhari akan berkunjung ke Surau An Nur bagi membolehkan ahli kariah membayar zakat fitrah.
Semoga aktiviti-aktiviti yang dirancang mendapat sambutan dan sokongan samada moral atau kewangan di kalangan ahli kariah. Ahli Kariah juga digalakkan menyumbang buah fikiran melalui wadah yang disediakan iaitu blog rasmi http://surauannurkasturiheight.blogspot.com/  Nantikan berita-berita terkini mengenai aktiviti yang dirancang dari masa ke semasa di Blog Surau An Nur.

Sebarang pertanyaan mengenai aktiviti surau atau ingin menghulurkan sumbangan, boleh menghubungi Tuan Hj Jaafar Amir, Bendahari Surau (012-210 1437) atau Sdr Hamidon Zaini, Penolong Setiausaha Surau (017-317 4880).

Monday, July 15, 2013

Amil ke Surau An Nur malam ini 16/7 @ Selasa...

Malam ini Cikgu Azahari, Imam Masjid Putra Nilai dan Amil akan ada bersama-sama jemaah di Surau An Nur. Sesiapa yang berhajat untuk membayar fitrah boleh lah berurusan dengan Cikgu Azahari malam ini.


http://www.muis.gov.sg/websites/rservices/oom_files/K952.doc

Saturday, July 13, 2013

Syaitan menggunakan 6 langkah dalam menyesatkan anak Adam.

1. Menyeru kepada perkara yg boleh mengakibatkan manusia jatuh kufur, kerana ianya dosa yang paling Allah murkai dan tiada pengampunan. Akibat kufur manusia terkeluar dari Islam dan semua doa gugur.

2. Perkara bidaah (ajaran yg terpesong dari Islam yg dibawa oleh Rasulullah dan sahabatnya) kerana orang yang terlibat dengan perkara bidaah tidak akan bertaubat bahkan akan kekal dalam kesesatan sampai mati. Amalan mereka tidak diterima.

3. Melakukan dosa besar. Kerana dengan dosa besar seseorang mendapat kemurkaan Allah dan jauh daripada rahmat dan hidayah Allah.

4. Melakukan dosa kecil secara berterusan, dosanya seumpama melakkukan dosa besar.

5. Meninggalkan perkara yang afdal, kerana amalan yang afdal lebih besar pahalanya dan lebih disayangi Allah.

6. Sibuk dengan  perkara yang tidak mendatangkan pahala atau dosa. Justeru, itu masa disia-siakan daripada ibadah yg mendatangkan pahala.

Tazkirah ini disampaikah oleh:













Mohd Zohdi Mohd Amin,
Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran danSunnah,
USIM.

Asal:  Pekan Pahang.

Friday, July 12, 2013

Ustaz Zohdi | Tazkirah Ramadhan Malam Ke4.


Karipap | Digemari untuk moreh...

Malam ketiga Ramadhan,  karipap ini telah menjadi hidangan moreh paling popular di kalangan anak-anak ahli jemaah surau. Setiap malam, pihak JK Surau An Nur menyediakan moreh hasil sumbangan ahli kariah sendiri selain tajaan ahli perniagaan tempatan. Karipap atau setengah orang memanggilnya  'epok-epok' menjdi hidangan wajib di Surau An Nur selain dari itu ada juga jemaah membawa juadah untuk dikongsikan bersama. Terima kasih kepada semua.

Thursday, July 11, 2013

Ramadhan Malam Ketiga:Tabung Fisabillillah Surau An Nur


Tabung Jihad Surau, kesinambungan Kumpulan Infaq Surau telah dilancarkan oleh Al Fadhil Ustaz Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri malam tadi dengan mukaddimahnya di sampaikan oleh Yang Berbahagi Datok Hj Wazir bin Hj Muaz selaku Pengerusi Surau An Nur. Beliau juga mempelawa ahli kariah sekelian untuk menjadi ahli Kumpulan Infaq Surau An Nur. 

Untuk makluman tuan/puan, peranan Kumpulan Infaq ini sangat besar sumbangannya kepada aktiviti dan operasi surau. Dana surau bergantung sepenuhnya kepada derma orang ramai. Alhamdulillah, dengan adanya sokongan ahli Kumpulan Infaq ini, surau telah berjaya mengadakan beberapa projek surau contohnya Majlis Maulidur Rasul. Mereka tumbangkan seekor lembu dan sempena Masyuarat Agung Surau baru2 ini, 2 ekor kambing disumbangkan. Setiap bulan tak kurang dari 15-20 malam pengajian yang belanja saguhati penceramah dan jamuan rengan selepas kuliah diuruskan sepenuhnya oleh Kumpulan Infaq Surau An Nur. Ahli Kumpulan Infaq ini menyumbang secara tetap sekurang2nya RM50 sebulan. Mulai pertengan Jun yang lalu, pihak JK Surau telah melantik Imam Muda Abd Azim sebagai Imam Tetap surau dan elaunnya dibayar oleh Dana Kumpulan Infaq. Untuk penerangan lanjut, tuan/puan bolehlah menghubungi Bendahari Surau, Tuan Hj Jaafar Amir atau Penyelaras Kumpulan Infaq Surau An Nur merangkap Penolong Setiausaha Surau, Sdr Hamidon Zaini. Sumbangan juga boleh dibuat terus ke Akaun Surau dengan menggunakan cek berpalang atas nama  Surau An-Nur Desa Kasturi Height, Nombor Akaun: 12104010007817 (Bank Islam). Untuk memudahkan tuan/puan menderma, kami mencadangkan agar dibuat Standing Instruction terus kepada akaun surau di Bank Islam.

Kumpulan Infaq Surau An Nur memerlukan sokongan tuan/puan untuk mengumpul sebanyak mungkin dana di samping usaha pihak JK Surau sendiri terutamanya Bendahari Surau, Tuan Hj Jaafar Amir dan AJK Dana Surau, untuk mendapatkan sumbangan dari ahli korporat dan ahli perniagaan tempatan bagi tujuan penambah-baikan dan penyelenggaraan surau.

Pada Kutipan Kilat yang dijalankan malam ke3 Ramadhan, sejumlah RM600 telah dikutip melalui tabung surau yang diedarkan. Diharap ahli-ahli kariah akan terus menyumbang di sepanjang Ramadhan ini. 

Segala sumbangan Tuan/Puan diucapkan jazakumullah khairan kathiran.

Tadarus


Wednesday, July 10, 2013

Solat Teraweh Malam Ke2 Ramadhan | Tazkirah oleh Al Fadhil Ustaz Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri

Malam kedua Ramadhan di Surau An Nur mencatitkan kehadiran luar biasa. Lebih ramai dari malam pertama. Semua ketiga-tiga ruang solat di Surau yakni Ruang Utama, Ruang Wanita dan Ruang Tambahan dipenuhui ahli jemaah Surau An Nur yang terdiri dari penduduk Kasturi Heights, Desa Casuarina, Desa Melati, Nilai Springs Heights dan Nilai Sprins Vilas. Malam ini solat Isyak dan Solat Teraweh diimamkan oleh Imam Muda Abd Azim dan Imam Dr Abdul Qadir bertindak sebagai Bilal. Manakala tazkirah teraweh pula disampaikan oleh Yang Dimuliakan al Fadhil Ustaz Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, seorang pendakwah tersohor, yang kebetulan menetap di Desa Kasturi Heights.


Iftar | Berbuka puasa di An Nur | 1 Ramadhan

Sedap ker? Hmm.. Briyani.. Besok menu apa pula?...

Hari ini 1 Ramadhan berbuka di Surau An Nur cukup meriah. Inilah julung-julung kali lebih dari 30 jemaah berbuka puasa di Surau An Nur, Biasanya tak ebih dari 10 orang. Ramadhan kali ini amat bertuah bagi Surau An Nur kerana anak-anak murid Al Fadhil Ustaz Dr Zulkifli Mohd al-Bakri yang berjumlah seramai 20 orang mengadakan tadarus al-quran di Surau An Nur sepanjang Ramadhan tahun ini. Mereka memulakan bacaan al-quran bermula sekitar jam 6.00 petang sehinggalah hampir waktu berbuka puasa dan selepas itu berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib berjemaah.Matlamat mereka untuk khatan setiap 2 hari sekali.

Mempertingkatkan keselesaan jemaah ...

Terima kasih semua atas kesabaran tuan-tuan dan puan-puan. Nah, dah cantik surau kita. Mai ramai ramai kita ke surau!

Tuesday, July 9, 2013

'Keciknya' surau ku...

Malam ini tadi, Allahamdullilah, surau kita telah dikunjungi ramai tetamu. Terima kasih kerana dapat kita bersama-sama memulakan dan mengangkat ibadah bulan Ramadan dengan cemerlang. 

Selamat Berpuasa...