Thursday, July 11, 2013

Ramadhan Malam Ketiga:Tabung Fisabillillah Surau An Nur


Tabung Jihad Surau, kesinambungan Kumpulan Infaq Surau telah dilancarkan oleh Al Fadhil Ustaz Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri malam tadi dengan mukaddimahnya di sampaikan oleh Yang Berbahagi Datok Hj Wazir bin Hj Muaz selaku Pengerusi Surau An Nur. Beliau juga mempelawa ahli kariah sekelian untuk menjadi ahli Kumpulan Infaq Surau An Nur. 

Untuk makluman tuan/puan, peranan Kumpulan Infaq ini sangat besar sumbangannya kepada aktiviti dan operasi surau. Dana surau bergantung sepenuhnya kepada derma orang ramai. Alhamdulillah, dengan adanya sokongan ahli Kumpulan Infaq ini, surau telah berjaya mengadakan beberapa projek surau contohnya Majlis Maulidur Rasul. Mereka tumbangkan seekor lembu dan sempena Masyuarat Agung Surau baru2 ini, 2 ekor kambing disumbangkan. Setiap bulan tak kurang dari 15-20 malam pengajian yang belanja saguhati penceramah dan jamuan rengan selepas kuliah diuruskan sepenuhnya oleh Kumpulan Infaq Surau An Nur. Ahli Kumpulan Infaq ini menyumbang secara tetap sekurang2nya RM50 sebulan. Mulai pertengan Jun yang lalu, pihak JK Surau telah melantik Imam Muda Abd Azim sebagai Imam Tetap surau dan elaunnya dibayar oleh Dana Kumpulan Infaq. Untuk penerangan lanjut, tuan/puan bolehlah menghubungi Bendahari Surau, Tuan Hj Jaafar Amir atau Penyelaras Kumpulan Infaq Surau An Nur merangkap Penolong Setiausaha Surau, Sdr Hamidon Zaini. Sumbangan juga boleh dibuat terus ke Akaun Surau dengan menggunakan cek berpalang atas nama  Surau An-Nur Desa Kasturi Height, Nombor Akaun: 12104010007817 (Bank Islam). Untuk memudahkan tuan/puan menderma, kami mencadangkan agar dibuat Standing Instruction terus kepada akaun surau di Bank Islam.

Kumpulan Infaq Surau An Nur memerlukan sokongan tuan/puan untuk mengumpul sebanyak mungkin dana di samping usaha pihak JK Surau sendiri terutamanya Bendahari Surau, Tuan Hj Jaafar Amir dan AJK Dana Surau, untuk mendapatkan sumbangan dari ahli korporat dan ahli perniagaan tempatan bagi tujuan penambah-baikan dan penyelenggaraan surau.

Pada Kutipan Kilat yang dijalankan malam ke3 Ramadhan, sejumlah RM600 telah dikutip melalui tabung surau yang diedarkan. Diharap ahli-ahli kariah akan terus menyumbang di sepanjang Ramadhan ini. 

Segala sumbangan Tuan/Puan diucapkan jazakumullah khairan kathiran.

No comments:

Post a Comment