Sunday, March 29, 2009

Mesyuarat Agung Tahunan Surau An-Nur, Kasturi Height, Putra Nilai Kali Kedua
















Mesyuarat Agung Tahunan Surau An-Nur kasturi Height Kali Kedua (2009) telah diadakan pada 29hb Mac 2009 yang lalu bertempat di Surau An-Nur Kasturi Height, Putra Nilai, Nilai, Negeri Sembilan. Lebih dari 30 ahli kariah yang terdiri dari penduduk Taman Desa Melai Fasa 1, 2, 3 & 4, Desa Casuarina dan Desa Kasturi Height telah hadir. Sambutan menggalakkan ini sebagai tanda penerimaan ahli kariah betapa pentingnya institusi Surau dalam kehidupan mereka seharian.

Pada mesyuarat agung tersebut beberapa ketetapan dan resolusi telah dibincangkan dan berikut adalah perkara-perkara yang telah dipersetujui oleh mesyuarat agung;
  1. Deraf Peraturan Surau An-Nur Kasturi Height sebagai panduan bagi AJK Surau mengendalikan pentadbiran harian surau demi kemaslahatan ahli kariah. Klik di sini untuk butiran terperinci akan peraturan-peraturan tersebut..
  2. Penyertaan dalam Khairat Kematian - Mesyuarat Agung memperakui keputusan mesyuarat AJK terdahulu bahawa warga kariah adalah digalakkan untuk menyertai skim Khairat Kematian yang diuruskan oleh pihak Masjid Putra Nilai dengan bayaran sebanyak RM15 setahun. Tuan puan boleh menghubungai Tuan Imam Azhari (013-321 9002) untuk urusan selanjutnya.
  3. Mesyuarat juga sebulat suara bersetuju agar dibentuk satu kumpulan berkemahiran bagi pengurusan jenazah (lelaki dan wanita) untuk untuk kariah Surau An-Nur Kasturi Height.
Dalam pemilihan ahli jawatankuasa yang baru untuk sessi 2009/2010, Yang Berbahagia Dato' Hj Wazir bin Hj Muaz dilantik sebagai Pengerusi, Prof Dr Mohammad Hj Alias sebagai Setiausaha dan En Zainal Nor Hj Mohd Saad sebagai Bendahari.

Hj Ibrahim Hassan dan En Roslan Othman dipilih sebagai wakil Desa Casuarina, En Abu Bakar Jamil, Kapten Meor Adlan dan En Rasid Salim dipilih sebagai wakil Desa Melati manakala Tuan Hj Omar Md Yasin, Hj Zainal Abidin Ahmad dan En Zainal Abidin Sukkria dipilih sebagai wakil Kasturi Height. Yang Berbahagia Datin Zaharah Hj Ahmad dan Puan Maliza Nawawi dipilih sebagai wakil kaum wanita. En Hamidon Zaini dan En Khairul Syahril Idris dilantik sebagai Pemeriksa Kira-kira.