Pada mesyuarat agung tersebut beberapa ketetapan dan resolusi telah dibincangkan dan berikut adalah perkara-perkara yang telah dipersetujui oleh mesyuarat agung;
- Deraf Peraturan Surau An-Nur Kasturi Height sebagai panduan bagi AJK Surau mengendalikan pentadbiran harian surau demi kemaslahatan ahli kariah. Klik di sini untuk butiran terperinci akan peraturan-peraturan tersebut..
- Penyertaan dalam Khairat Kematian - Mesyuarat Agung memperakui keputusan mesyuarat AJK terdahulu bahawa warga kariah adalah digalakkan untuk menyertai skim Khairat Kematian yang diuruskan oleh pihak Masjid Putra Nilai dengan bayaran sebanyak RM15 setahun. Tuan puan boleh menghubungai Tuan Imam Azhari (013-321 9002) untuk urusan selanjutnya.
- Mesyuarat juga sebulat suara bersetuju agar dibentuk satu kumpulan berkemahiran bagi pengurusan jenazah (lelaki dan wanita) untuk untuk kariah Surau An-Nur Kasturi Height.
Hj Ibrahim Hassan dan En Roslan Othman dipilih sebagai wakil Desa Casuarina, En Abu Bakar Jamil, Kapten Meor Adlan dan En Rasid Salim dipilih sebagai wakil Desa Melati manakala Tuan Hj Omar Md Yasin, Hj Zainal Abidin Ahmad dan En Zainal Abidin Sukkria dipilih sebagai wakil Kasturi Height. Yang Berbahagia Datin Zaharah Hj Ahmad dan Puan Maliza Nawawi dipilih sebagai wakil kaum wanita. En Hamidon Zaini dan En Khairul Syahril Idris dilantik sebagai Pemeriksa Kira-kira.
No comments:
Post a Comment