Monday, July 1, 2013

Ahlan Wa Sahlan Ramadhan Al Mubarak




Jawatankuasa Surau An Nur                
Kasturi Heights, Desa Casuarina, Desa Melati
Nilai Spring Heights dan Nilai Springs Villas
Putra Nilai

Tarikh: 1 Julai 2013 bersamaan 22 Syaban 1434H

KEPADA,

SESIAPA YANG BERKENAAN

Assalamu’alaikum wr wb

Tuan/Puan

PER:  MOHON DERMA UNTUK MEMBIAYAI AKTIVITI  SEPANJANG BULAN RAMADHAN DI SURAU AN NUR, KASTURI HEIGHTS, PUTRA NILAI

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah S.W.T  saya merujuk kepada perkara di atas.

Bulan Ramadah menjelang tiba. Bulan yang penuh dengan keberkatan, bulan keampunan serta kebebasan dari azab neraka. Sukacita dimaklumkan bahawa sepanjang bulan Ramadhan tahun ini, Surau An Nur akan mengadakan solat berjemaah Maghrib dan Isha’ serta solat sunat Terawih seperti tahun tahun yang  lalu tetapi in sya Allah tahun ini akan diimamkan oleh seorang hafiz yang akan bertugas sebagai imam tetap di Surau An Nur. Setiap selepas solat Subuh akan diadakan Tazkirah Pendek dengan dipimpin oleh Ustaz Dr. Haji Abdul Qadir bin Umar Usman Alhamidy. Muslimin dan Muslimat dipersilakan hadir.

Sempena bulan Ramadhan, JK Surau bersetuju untuk menyediakan makanan untuk berbuka puasa dan moreh selepas solat sunat Terawih. Kos untuk menyediakan makanan untuk berbuka, moreh, sewaan khemah, saguhati tambahan untuk imam-imam dan dan bilal dan upah pembersihan Surau dianggarkan berjumlah RM10,000.

Sehubungan dengan itu Muslimin dan Muslimat dialu-alukan untuk menyumbangkan derma seikhlas mungkin bagi menjayakan perkara ini. Pihak JK Surau juga mengalu-alukan mana-mana syarikat atau orang persaorangan yang sudi menaja jamuan berbuka puasa atau moreh. Untuk tempahan, sila berhubung dengan Saudara Hamidon, Penolong Setiausaha Surau di talian 017-317 4880. Sumbangan boleh disampaikan kepada  Bendahari Surau An Nur melalui wakil-wakil taman. Sumbangan dengan cek boleh ditulis atas nama Surau  An Nur Desa Kasturi Heights (Akaun BIMB 12104010007817).

Segala sumbangan Tuan/Puan diucapkan jazakumullah khairan kathiran. Wassalam.

Salam hormat


DATO’ HAJI WAZIR HAJI MUAZ
Pengerusi Jawatankuasa Surau An Nur, Putra Nilai


No comments:

Post a Comment