Sunday, July 7, 2013

Permohonan Sumbangan Derma Bagi Menambah Dana Surau.






Jawatankuasa Surau An Nur
Kariah Desa Kasturi Heights, Desa Melati, Desa Casuarina dan Nilai Springs Heights

7 Julai 2013 bersamaan 28 Syaaban 1434H

Kepada Sesiapa yang berkenaan

Assalamu’alaikum wr wb

Per: Permohonan Sumbangan Derma Bagi Menambah Dana Surau.

Dengan hormat takzimnya saya merujuk kepada perkara di atas. Semoga Tuan berada di dalam keadaan sihat wal’afiat dan sentiasa di bawah lindungan rahmat daripada Allah SWT in sya Allah.

Sukacita dimaklumkan JK Surau An Nur sedang melaksanakan projek pengubahsuaian Surau Fasa Kedua dengan skop kerja melibatkan kerja memasang jubin di ruang solat tambahan, memasang bidai agar tidak tempias sewaktu hujan serta penambah-baikan bilik imam yang akan berkhidmat sepenuh masa di surau. Anggaran kos bagi projek ini sekitar RM30,000.00.   Di samping itu, pihak JK Surau An Nur juga memohon sumbangan ahli kariah dan warga korporat untuk membiayai operasi bulanan surau dan pengajian agama yang diadakan boleh dikatakan pada setiap malam di Surau An Nur, yang memerlukan perbelanjaan operasi berjumlah lebih kurang RM5,000 sebulan.

Sehubungan dengan itu saya bagi pihak Jawatankuasa Surau An Nur memohon pertimbangan pihak Tuan untuk menghulurkan sumbangan derma bagi membiayai sebahagian dari kos untuk tujuan di atas. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Prof. Dato’ Dr. Haji Mohammad Haji Alias, Setiausaha JK Surau (019-2805343) atau Tuan Hj Jaafar Amir, Bendahari JK Surau (012-210 1437). Bantuan pihak Tuan ini amat dihargai. Hanya Allah SWT sahajalah yang dapat membalas dan memberi ganjaranNya atas sumbangan daripada pihak Tuan. Bersempena Ramadhan al-Mubarak ini, sumbangan tuan akan berlipat ganda pahalanya.

Sumbangan boleh dilakukan dengan membuat bayaran menggunakan cek berpalang atas nama  Surau An-Nur Desa Kasturi Height, Nombor Akaun: 12104010007817 (Bank Islam).

Atas pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak Tuan, saya dahului dengan ucapan berbanyak terima kasih.

Sekian terima kasih, wabillahi taufiq wal hidaayah wassalamu’alaikum wr wb.

Salam hormat.

DATO’ HAJI WAZIR BIN HAJI MUAZ
Pengerusi Jawatankuasa Surau An Nur, Putra Nilai

Sk Setiausaha
     Bendahari

No comments:

Post a Comment