Sunday, May 17, 2009

Mesyuarat AJK Bulanan Bulan Mei Surau An Nur, Kasturi Height




Dato' Pengerusi, Dato' Hj Wazir bin Hj Muaz

Prof Dr Mohammad Hj Alias, Setiausaha Surau An Nur Kasturi Height


Tuan Hj Zainal Ahmad, Pengerusi Biro Logistik dan Kelengkapan

Cikgu Azhari Awang, Imam Besar, Surau Kasturi Height.
Beliau juga salah seorang Iman Masjid Putra Nilai, Nilai.





Hj Ibrahim Hassan, Pengerusi Biro Sosial & Kebajikan

En Zainal Nor Hj Mohd Saad, Bendahari Surau An Nur Kasturi Height


Pada bulan ini, mesyuarat bulanan AJK Surau An Nur Kasturi Height telah diadakan pada 17hb Mei 2009 bertempat di Surau An Nur, Kasturi Height. Perbincangan banyak berkisar kepada perancangan biro-biro yang ditubuhkan pada mesyuarat yang lalu. Berikut adalah perancangan sepintas lalu biro-biro yang telah dibentuk;

Biro Pendidikan
Memperkemaskan lagi aktiviti Ceramah agama yang diadakan berjadual di antara Solat Maghrib dan Solat Isyak.

Biro Ekonomi
Mengadakan aktiviti menjana pendapatan untuk Surau An Nur. Aktiviti pertama ialah untuk mengadakan Golf Amal bagi mengumpul dana.

Biro Penerangan
Biro Penerangan berfungsi untuk memberi penerangan akan aktiviti Surau An Nur. Pendekatan yang dibuat adalah menggunakan medium ONLINE dan OFFLINE. Medium interaktif utama ialah menggunakan BLOG ini untuk mendekati komuniti Kariah Surau An Nur. Pendekatan kedua adalah menerbitkan risalah yakni offline.

Ahli kariah adalah digalakkan untuk menyumbang apa2 risalah atau berita melalui BLOG ini. Hantarkan kepada alamat surauannur.kasturiheight@gmail.com.

Biro Logistik & Kelengkapan
Biro ini akan mengemaskinikan inventori kelengkapan surau serta dalam perbincangan bagi kerja2 penambahbaikan surau demi kemaslahatan ahli jemaah. Untuk pengetahuan ahli kariah, kelengkapan pinggan mangkuk yang terdapat di surau boleh dipinjam dengan sedikit bayaran. Untuk urusan selanjutnya, sila berhubung dengan Tuan Hj Zainal Abidin Ahmad (019-282 4453).

Untuk Biro Sosial dan Biro Hal Ehwal Wanita, separate posting akan menyusul.

No comments:

Post a Comment